Tuesday, April 28, 2009

Lagi tentang Kedah

Geografi
Rencana utama: Geografi Kedah
Kebanyakan penduduk Kedah adalah orang Melayu, dan sedikit orang Cina dan India. Anggaran populasi mengikut kaum pada 2003 ialah: Melayu (1,336,352), Cina (252,987), India (122,911), Bukan warganegara (35,293), Lain-lain (27,532).
Negeri Kedah terbahagi kepada 11 daerah iaitu :-
1-Baling
2-Bandar Bahru
3-Kota Setar
4-Kuala Muda
5-Kubang Pasu
6-Kulim
7-Langkawi
8-Padang Terap
9-Pendang
10-Sik
11-Yan
Bandar utama di Kedah adalah Alor Star (ibu negeri), Kulim, Jitra, Sungai Petani, Kuah dan Kuala Nerang.
[sunting]Sejarah
Rencana utama: Sejarah Kedah
[sunting]Kerajaan
Sultan Negeri Kedah merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai olehDewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.Menteri Besar sekarang adalah Dato' Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak

Langkawi
[sunting]Politik
Rencana utama: Politik di Kedah
Antara tokoh-tokoh yang terbesar yang berasal dari Kedah ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
[sunting]Ekonomi dan budaya
Rencana utama: Ekonomi Kedah
Rencana utama: Budaya di Kedah
Negeri Kedah sememangnya terkenal dengan kesenian Melayunya seperti Jikey, Mek Mulung dan Wayang Kulit Gedek.
[sunting]Sukan
Rencana utama: Sukan Malaysia
Kedah menjadi tuan rumah Sukan Malaysia pada 24 Mei 2006 - 4 Jun 2006. Perasmian akan diadakan di Stadium Darul Aman

Tamadun di selatan Kedah atau di Lembah Bujang (Serpent Valley ) di awal abad Masihi hingga 20 Masihi mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.
Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan ThalassocracySrivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kacadan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candipengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.
Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.
Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Purba -Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang.

0 comments: