Tuesday, April 28, 2009

Mengenai MPKJ

Majlis Pelajar Kedah Jordan atau ringkasnya MPKJ ditubuhkan sejak tahun 1995 bersamaan 1413 Hijriah lagi. Penubuhan badan ini adalah untuk menjaga kebajikan serta keselesaan anak-anak negeri Kedah di bumi Anbiya, Jordan ini.

MOTO

"Perpaduan Asas Kecemerlangan"

DASAR
- Dasar MPKJ ialah Al-Quran dan Hadis di samping menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan lunas-lunas Islam.
- Bersatu menuju kecemerlangan dalam bidang akademik dan kerjaya berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

MATLAMAT
- Berusaha menyatukan mahasiswa Islam Kedah ke arah perpaduan dalam perkara-perkara kebajikan.
- Berusaha mengatasi kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh ahli.
- Berusaha membentuk dan meningkatkan kesedaran ahli dalam pelbagai bidang terutama bidang pelajaran.
- Mewujud dan merapatkan hubungan dengan pihak-pihak berkenaan

0 comments: